ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN 2018 (AIP 2018)

HADIAH :

Pemenang : RM3,000, Piala Pusingan dan Sijil

Dua Terbaik selepas Pemenang : RM1,000 dan Sijil

Sijil Penarafan tahap pencapaian projek berdasarkan markah yang diperolehi :

Emas               :           80 markah dan ke atas

Perak               :           70 – 79.9 markah

Gangsa            :           60 – 69.9 markah       

 

 

PENGENALAN

Anugerah ini diperkenalkan untuk tujuan memberi pengiktirafan kepada inovasi yang diperkenalkan oleh komuniti UTM dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Inovasi daripada R&D yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi adalah tidak layak untuk memohon. 

DEFINISI INOVASI (DALAM KONTEKS AIP UTM)

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat penyertaaan AIP adalah seperti berikut:-

  1. Penyertaan dalam AIP adalah wajib dengan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan penyertaan Jabatan/Bahagian di bawahnya.
  2. Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi dan BUKAN hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan peningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
  3. Setiap PTJ/Bahagian boleh mencalonkan maksimum tiga (3) pencalonan hasil inovasi.

 

Garis panduan : click here

Borang penyertaan : click here

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 1 APRIL 2019