Kursus Asas Semakan Jaminan Kualiti Program Akademik telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 7 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah.
Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi peserta berkaitan proses semakan jaminan kualiti program akademik, selaras dengan standard dan amalan terbaik universiti. Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti perkongsian yang merangkumi pengurusan audit, penilaian akreditasi, pembuatan keputusan, semakan kurikulum serta pendaftaran dan penyenaraian program.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah, En.Mohamad Yusoff Mohamed Rashid, Pegawai Tadbir UTM ACe serta para peserta atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kursus ini.