Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh bagi Program Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang telah berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2026 di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), UTM.
Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard jaminan kualiti yang ditetapkan, di samping menyokong amalan penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh kecemerlangan penyampaian pendidikan tinggi.
Sepanjang audit berlangsung, setiap program telah dinilai oleh panel penilai yang dilantik berdasarkan kepakaran masing-masing seperti berikut:
Program Doktor Pentadbiran Perniagaan
Prof. Dr. Suhaimi bin Mohd. Sarif, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)– Ketua Panel
Prof. Madya Dr. Juwaidah binti Sharifuddin, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Prof. Madya Dr. Abdul Manaf bin Bohari, Universiti Utara Malaysia (UUM)– Ketua Panel
Dr. Nurwahida binti Fuad, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) merakamkan penghargaan kepada semua ahli panel penilai atas kesudian berkongsi kepakaran dan pandangan sepanjang proses penilaian. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada pihak Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.
Semoga pelaksanaan audit ini terus memperkukuh budaya jaminan kualiti di UTM serta menyokong usaha universiti dalam memastikan setiap program akademik kekal relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan pemegang taruh.