Audit Pematuhan Kewangan oleh Jabatan Bendahari ke Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe) telah dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur dan peraturan kewangan universiti, khususnya melibatkan aspek perolehan, aset dan penerimaan.
Audit ini melibatkan pegawai Audit, Puan Elmy Suhana binti Abd Razak, Puan Fatin Nabilah binti Ismail dan Puan Nurhamizah binti Ismail.
Audit ini diharap dapat memperkukuh kawalan dalaman, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memupuk budaya kerja yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab dalam kalangan warga organisasi.