← Back to News

AUDIT PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA SAINS(FIZIK) DENGAN KEPUJIAN

30 July 2026

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian yang berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2026 di Fakulti Sains, UTM. Audit ini dilaksanakan bagi memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard jaminan kualiti yang ditetapkan serta menyokong amalan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian pendidikan. Audit telah dilaksanakan oleh panel penilai yang terdiri daripada:

1. YBrs. Ts. Dr. YM Engku Abd Ghapur bin Che Engku Ali, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)- Ketua Panel.
2. YBrs. Prof. Dr. Yap Chi Chin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) merakamkan penghargaan kepada semua ahli panel penilai atas sumbangan kepakaran serta kepada Fakulti Sains dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan audit ini.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh kecemerlangan akademik dan budaya jaminan kualiti di UTM.

UTM Accreditation Centre
(UTM ACe) Johor

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, Malaysia

UTM Accreditation Centre
(UTM ACe) Kuala Lumpur

UTM Kuala Lumpur Campus
PA2 Block Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Malaysia

Operation Hours

Monday - Friday

8AM - 5PM

Close

Saturday, Sunday & Public Holiday

© 2026 Universiti Teknologi Malaysia | UTM ACe