Pada 5 Februari 2026, Lawatan Audit Lokasi telah dilaksanakan di Premis Kolej SPACE bagi tujuan penilaian kesediaan premis untuk penambahan penawaran Program Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Lawatan audit ini telah dikendalikan oleh Dr. Norasnita binti Ahmad, Fakulti Pengurusan sebagai Panel Penilai Audit dengan kerjasama pihak Kolej SPACE, merangkumi penilaian terhadap kemudahan fizikal, sokongan akademik serta pematuhan keperluan yang ditetapkan oleh universiti.