Lawatan Penilaian Audit Akreditasi Penuh Program Diploma Sukan dan Kecergasan (DSPU) Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan Audit Akreditasi Penuh bagi Program Diploma Sukan dan Kecergasan (DSPU) pada 18 hingga 19 Jun 2026.
Barisan Ahli Panel Penilai (APP) yang terlibat ialah :
1. Prof. Dr. Mohad Anizu bin Mohd Nor, UiTM (Ketua APP)
2. Prof. Dr. Mohd Izwan bin Shahril, UPSI (APP)
3. Dr. Mohamed Nashrudin bin Naharudin, UM (APP)
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan audit ini. Semoga penilaian ini dapat terus memperkukuh usaha penambahbaikan dan kecemerlangan program akademik yang ditawarkan.