Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe) telah melaksanakan Taklimat Sistem Internal Database for Accreditation (IDA) & Rubric Penilaian Berasaskan 3 Kod Amalan Akreditasi Program (3C) pada:
14 Januari 2026 (Rabu)
9.00 pagi
Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru
Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Musa bin Mohd Mokji dan bertujuan memberi pendedahan serta memperkukuh pemahaman berkaitan penggunaan sistem IDA dan kaedah penilaian berasaskan 3C bagi menyokong pelaksanaan akreditasi program akademik di UTM. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.