← Back to News

USER ACCEPTANCE TEST (UAT) SISTEM INTERNAL DATABASE ACADEMIC (IDA) SESI II

8 September 2026
Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah melaksanakan User Acceptance Test (UAT) Sistem Internal Database Academic (IDA) Sesi II pada 8 dan 9 September 2026, bertempat di Bilik Latihan Aras 4, UTMDX.
Sesi UAT ini dilaksanakan bagi menguji dan menilai penambahbaikan serta fungsi-fungsi sistem yang telah dikemas kini berdasarkan maklum balas pengguna yang diperoleh daripada UAT Sistem IDA Sesi I. Pelaksanaan ini penting bagi memastikan fungsi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan
operasi serta menyokong pengurusan data akademik dan proses jaminan kualiti di UTM.
UAT ini telah melibatkan staf UTM ACe Johor Bahru dan UTM ACe Kuala Lumpur yang bersama-sama melaksanakan pengujian, semakan fungsi serta memberikan maklum balas terhadap penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam sistem.
Kerjasama dan penglibatan aktif warga UTM ACe dalam sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan Sistem IDA dapat berfungsi dengan lebih efektif, sistematik dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan pengurusan akreditasi dan jaminan kualiti akademik Universiti.
UTM ACe turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan pembangunan sistem, UTMDX, atas komitmen, kerjasama dan usaha berterusan dalam melaksanakan penambahbaikan Sistem IDA berdasarkan keperluan serta maklum balas pengguna. Kerjasama erat antara UTM ACe dan UTMDX ini amat penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan benar-benar menyokong keperluan operasi dan pengurusan akreditasi Universiti.

UTM Accreditation Centre
(UTM ACe) Johor

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, Malaysia

UTM Accreditation Centre
(UTM ACe) Kuala Lumpur

UTM Kuala Lumpur Campus
PA2 Block Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Malaysia

Operation Hours

Monday - Friday

8AM - 5PM

Close

Saturday, Sunday & Public Holiday

© 2026 Universiti Teknologi Malaysia | UTM ACe