TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AKREDITASI UNIVERSITI
updated Jan 2019
KEAHLIAN
Pengerusi | Dipilih oleh Majlis Profesor |
Timbalan Pengerusi | Staf Akademik kanan berjawatan Professor yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat |
Ahli |
1. Dua (2) orang Pakar Luar universiti yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat. Keutamaan kepada bekas staf UTM yang berkhidmat diluar UTM ataupun telah bersara. 2. Tiga (3) orang staf akademik kanan UTM berjawatan Porfessor atau Prof Madya yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat dan bukan dikalangan pentadbir akademik. 3. Dua (2) orang staf akademik kanan UTM berjawatan Porfessor atau Prof Madya yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat. 4. Pengerusi Majlis Professor
|
Setiausaha |
Pengarah, Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM) |
Jumlah keahlian | 11 orang |
Punca Kuasa Senat Universiti
Bidang Kuasa
- Memantau standard dan pelaksanaan akreditasi, audit institusi, audit program dan audit lokasi untuk Universiti Teknologi Malaysia.
- Memperakukan panel penilai bagi menjalankan audit akreditasi sementara, akreditasi penuh, audit pemantauan, audit institusi, audit program dan audit lokasi.
- Menerima laporan dan membuat penilaian ke atas laporan panel penilai akreditasi, audit institusi, audit program dan audit lokasi.
- Memberi perakuan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi standard yang ditetapkan.
- Memberi perakuan pematuhan kepada audit institusi, audit program dan audit institusi.
- Membuat perakuan pembatalan akreditasi ke atas program yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan, audit institusi, audit program dan audit lokasi untuk dibentangkan bagi pengesahan Senat Universiti.