KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Pengenalan KIK

UTM telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) sejak tahun 2005 hingga sekarang. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 40 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UTM telah berjaya ditubuh dan digerakkan serta menyertai pelbagai konvensyen samada diperingkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Maklumat asas berkaitan KIK

Apa itu KIK?

TAKLIMAT konvensyen KIK 2022 bertarikh 7 Dis. 2022TAKLIMAT konvensyen KIK 2022 dan AIP 2023 bertarikh 15Sept2022Pengenalan dan Pelaksanaan Projek Inovasi KIK / Team Excellence

Objektif Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

  • Menggalak dan mengiktiraf kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja dengan penghasilan kaedah yang boleh memberi impak dari segi penjimatan, produktiviti dan keberkesanan;
  • Menjadi wadah kepada Pusat Tanggungjawab untuk mempersembah dan mempertanding hasil projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) masing-masing untuk dinilai oleh Panel Juri berpengalaman;
  • Menggilap bakat dan keyakinan diri peserta dalam membuat persembahan, melahirkan idea yang kreatif dan inovatif serta keupayaan menjelaskan projek secara terancang dan spontan;
  • Menjadi wadah kepada staf mempelajari teknik dan pendekatan yang digunakan bagi permasalahan yang dibentangkan dan kaedah penyelesaian secara sistematik;Menyediakan peluang untuk Pusat Tanggungjawab berkongsi dan memanfaatkan hasil projek supaya hasil projek yang dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan disebar luas dan dimanfaatkan oleh semua warga universiti.

MAKLUMAN
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.15/2021 telah meluluskan Pemberian Insentif sebanyak RM 1,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu sahaja) untuk setiap Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi menggalakkan penubuhan Kumpulan KIK di kalangan Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP).

BORANG TUNTUTAN PERBELANJAAN KIK [DOWNLOAD]

TAKLIMAT AWAL KONVENSYEN KIK 2022 (STAF UTM)

Tarikh: 15 September 2022 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi
Medium: online Webex QRiM
MAKLUMAT SESI TAKLIMAT
– Slide Taklimat awal Konvensyen KIK 2022
– [Persediaan untuk AIP dan senarai semak AIP, rujuk link Laman AIP
https://ace.utm.my/aip

TAKLIMAT PEMBENTANGAN KONVENSYEN KIK 2022 (PESERTA KIK)
Tarikh: 7 Disember 2022
Masa:   11:00 pagi
Medium: online Webex QRiM
MAKLUMAT SESI TAKLIMAT
– Slide Taklimat Pembentangan Konvensyen KIK 2022

Konvensyen KIK 2022 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 12 Disember 2022 (Isnin)
Masa  : 8.15 – 4.30 petang
Lokasi: Blok D05 , Aras 3 Bilik Seminar 1, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM Johor Bahru.

– Buku Program Konvensyen KIK 2022

Pertanyaan lanjut, sila emelkan ke zarinah@utm.my.