Selamat Datang Ke UTMACe

Unit Kualiti Universiti (UKU) ditubuhkan dalam tahun 2009 selepas penstrukturan semula sistem pengurusan kualiti Universiti Teknologi Malaysia yang dibuat pada penghujung 2008 dengan pengwujudan semula Majlis Kualiti UTM dan UKU bertindak sebagai Urusetia. UKU diletakkan di bawah struktur Canseleri dan Pengarah Kualiti bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor.

Dengan penstrukturan semula ini, Unit Kualiti Akademik (UKA), sebelum ini di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), diserapkan ke bawah UKU dan sebahagian peranan Bahagian Pengurusan Sistem (sekarang dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Organisasi) Pejabat Pendaftar diletakkan di bawah tanggungjawab UKU. UKU mula beroperasi di Aras 3, Dewan Sultan Iskandar pada 1 April 2009.

Pada tahun 2014, Universiti telah melaksanakan penstrukturan sekali lagi dimana UKU telah bergabung dengan Bahagian Transformasi dan Pengurusan Risiko (BTPR) dan dikenali sebagai Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko atau UTM QRiM dan diketuai oleh Pengarah Kanan.

Matlamat penstrukturan semula adalah untuk memantapkan struktur dan jaminan kualiti proses kerja yang berkaitan dengan kualiti akademik, kualiti perkhidmatan, pengurusan data dan pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan Universiti.

Fungsi UTMACe

Kualiti Akademik

  • Melaksanakan audit akreditasi sementara dan penuh
  • Menyelaras aktiviti berkaitan penarafan SETARA dan D’SETARA
  • Menyemak permohonan program baru dan semakan kurikulum
  • Memberikan nasihat kepakaran dan kesedaran berkaitan dengan pemakaian standards.

Kualiti Perkhidmatan

  • Perancangan dan pelaksanaan program kualiti (Pengurusan ISO, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Program 5S, Lean Six Sigma, SPP, MPK & FM)
  • Menyelaras aktiviti berkaitan dengan pengurusan data (My MoheS, SETARA, D-SETARA)
  • Memberikan nasihat kepakaran dan kesedaran berkaitan dengan keperluan program kualiti perkhidmatan

Pengurusan Risiko

  • Melaksana dan menguatkuasa polisi dan garis panduan pengurusan risiko universiti
  • Memantau pelaksanaan pelan tindakan mitigasi risiko
  • Mengurus pelaksanaan risiko strategi, risiko operasi dan risiko projek
  • Memberikan nasihat kepakaran dan kesedaran berkaitan dengan pengurusan risiko.

Falsafah,Misi dan Visi

Falsafah

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka UTM ACe berusaha secara holistik dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan pengurusan akreditasi program akademik untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya

Misi

Diiktiraf sebagai pusat akreditasi program akademik bertaraf dunia

Visi

Untuk membudayakan kecemerlangan standard akademik tertinggi melalui akreditasi program akademik yang berkesan

Do follow us on social media for more updates

Facebook

 

Youtube

 

Twitter

 

Tiktok

 

Email