Bengkel Semakan NEC Program Akademik melibatkan fakulti FABU, FSSH, FM dan FKE telah diadakan pada 28 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Bilik Jamuan, Aras 2, Dewan Sultan Iskandar. Bengkel ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan disampaikan oleh PM. Dr. Normah Maan, Pengarah UTM ACe. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyemak serta memperkemas maklumat dalam dokumen National Education Code (NEC) bagi program akademik yang terlibat. Sesi telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama aktif daripada wakil-wakil fakulti.