13 Februari 2025 (Khamis) | Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe) telah mengendalikan Bengkel Strategik Pematuhan Swaakreditasi Universiti pada 13 Februari 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.
Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini!