Pada 25 Jun 2024, telah diadakan Kursus “How To Write Self Assessment Report (SAR)” yang melibatkan semua ahli task force penilaian program akademik oleh AUN-QA bagi Fakulti Sains dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), UTM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta panduan terperinci kepada pasukan task force dalam menyediakan Laporan Penilaian Kendiri (SAR) yang menepati piawaian dan keperluan rangka kerja AUN-QA. Sepanjang sesi, peserta diberi penerangan mengenai struktur dan kandungan SAR, cara pengolahan maklumat serta kaedah menyampaikan bukti pencapaian hasil pembelajaran program secara berkesan. Kursus ini telah berjaya meningkatkan pemahaman dan kesiapsiagaan pasukan fakulti dalam menghadapi penilaian AUN-QA yang akan datang.