Kursus Pertolongan Cemas, Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Penggunaan AED telah diadakan pada 13 Jun 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM. Kursus ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan praktikal kepada peserta berkaitan langkah-langkah kecemasan, teknik CPR yang betul, serta cara penggunaan alat AED. Kursus telah dijalankan dengan baik dan menerima penyertaan yang menggalakkan daripada staf.