Kursus Sistem Internal Database-Academic (IDA) telah berjaya diadakan pada 7 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Banquet, Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur. Kursus yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Musa bin Mohd Mokji. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman mendalam mengenai penggunaan sistem IDA dalam pengurusan data akademik secara sistematik dan efisien. Kursus telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan dan berjalan dengan lancar.