Kursus Teknik Menjawab Laporan Maklum Balas Audit Akreditasi Program telah diadakan pada 8 Mei 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Banquet, Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur. Kursus ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang dan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Musa bin Mohd Mokji. Kursus ini bertujuan memberi panduan serta strategi berkesan dalam menyediakan jawapan kepada laporan maklum balas audit akreditasi program. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan sesi telah berjalan dengan lancar serta interaktif.